Sh!NCh@N BuDaK N4k4L...b3eRrKkk

Rabu, 14 September 2011

Tutorial untuk menonton bolasepak LIVE streaming di Sh!NCh@N N4k4L


    Macamana nak tonton bolasepak LIVE streaming di dalam blogs ini? Persoalan pertama yang sedang bermain dalam fikiran anda sekarang tentulah 
Tutorial untuk menonton bolasepak LIVE streaming.
    
Di dlm blog ini anda berpeluang untuk menonton bola sepak secara LIVE menerusi streaming video terus dari blog ini. Terdapat banyak perlawanan bolasepak yang boleh anda tonton seperti Liga Perdana Inggeris (EPL), Liga Sepanyol (La Liga), Liga Itali (Seria A), Liga German (Bundesliga), Liga Perancis (France 1), Liga Juara-Juara Eropah (Champions League), Piala FA Inggeris, Perlawanan Persahabatan Antarabangsa, Piala Asia dan banyak lagi perlawanan lain.
Macamana nak tengok perlawanan bolasepak semua secara online? Ok klik je link kat bawah ni:


       
Tonton bolasepak LIVE Sreaming video secara online

Bagi memudahkan anda untuk menonton bolasepak secara online, saya akan buatkan sebuah tutorial bergambar yang ringkas dan padat. Anda cuma perlu follow je langkah dibawah ni ok.
1. Klik link bolasepak live streaming kat atas tu.

2. Bila dah masuk halaman tersebut, anda perlu semak bila perlawanan bolasepak pilihan anda bermula. Untuk memudahkan anda, tukarkan jam tersebut kepada (GMT+8) supaya sama dengan waktu di Malaysia.


3. Biasanya link untuk tonton bola online ni akan keluar sejam sebelum perlawanan bermula. Jadi seeloknya anda tekan CTRL+D untuk bookmark terlebih dahulu halaman tersebut bagi memudahkan anda berkunjung kembali sebelum perlawanan bermula.


4. Ok katakan saya nak menonton perlawanan bolasepak antara FCM Targu Mures vs FC Vaslui. Anda perlu klik je perlawanan tersebut seperti dalam gambar dibawah:

5. Bila anda klik perlawanan yang anda nak tengok, link untuk LIVE streaming video akan muncul. Terdapat banyak link yang boleh anda pilih. Anda cuma klik mana-mana link dan tunggu video tersebut loading kepada perlawanan bolasepak tu. Tapi pastikan internet anda betul-betul laju. Kualiti video memang agak bagus.

6. Berikut adalah contoh video LIVE streaming perlawanan antara FCM Targu Mures vs FC Vaslui. Kualiti video memang agak baik untuk tontonan anda. Jom sama-sama layan.

Pengakhiran Kata :
 Bagi semua peminat bolasepak dalam dan luar negara, selamat menonton bolasepak secara online. Jika ada sebarang masalah sila kemukakan pada ruangan komen dibawah ok. Kesudian anda untuk berkongsi entry ini amatlah dialu-alukan.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan